18 Jun 2022, Manong – YBhg. Datuk Zainal Abidin bin Abu Hassan, Ketua Setiausaha MOSTI hari ini mengadakan lawatan ke Floraponic Farm Malaysia (FFM) iaitu program pertanian akuaponik inovatif yang dilaksanakan di Manong, Perak. FFM ini merupakan sebuah projek kerjasama akuaponik berskala besar antara NanoMalaysia Berhad (NanoMalaysia), agensi di bawah MOSTI, bersama Flora Niaga Sdn. Bhd.

FFM @ Manong merupakan antara projek NanoMalaysia yang menggunakan kombinasi akuakultur-pertanian yang diintegrasikan dengan nanoteknologi. Objektif projek ini adalah untuk menawarkan alternatif kepada sumber nutrien protein dan sayuran melalui penggunaan Panel Tenaga Suria Nano (NLEP) sebagai penjana kuasa.

Projek ini merupakan salah satu penyelesaian yang inovatif dan mampan oleh MOSTI untuk jaminan makanan di kalangan rakyat Malaysia memandangkan kebimbangan terkini berhubung kenaikan kadar inflasi dan peningkatan kos makanan di seluruh dunia. Projek meliputi komponen kolam ikan dan sistem hasil pertanian (seperti sayur-sayuran), bahan aktif nano untuk mencegah pembentukan lumut atau bahan oksida, serta teknologi pemantauan 24 jam. Antara ternakan dan sayur-sayuran yang dihasilkan oleh projek ini adalah sayur baby pak choy, daun salad dan ikan tilapia.

Terdahulu YB Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee, Menteri Pertanian dan Industri Makanan bersama YAB Dato’ Seri Saarani Mohamad, Menteri Besar Perak turut sama meninjau tapak FFM Semasa mengadakan lawatan kerja tapak Projek Pasar Tani Kekal (PTK) dan Pusat Pemasaran Agromakanan FAMA di Kuala Kangsar, Perak.

MOSTI dan agensi-agensi di bawahnya sedang giat menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan bekerjasama dengan pelbagai Kementerian dan agensi bagi membantu menangani isu sekuriti makanan dengan penyelesaian berlandaskan teknologi.

Grow vegetables at home without soil.

If you are interested in growing your own fresh and safe vegetables at home, HAVVA does provide a ready-made home system for beginners to grow vegetables at home with the help of our expert customer support team. We do provide lifetime customer support to guide you no matter if it’s a home system or planting questions, our team is ready to assist you.

Come and check out where you can purchase HAVVA-grown vegetables!

HAVVAponics is a soil-free farming system where plants grow in nutrient-rich water with fish. This symbiotic relationship creates a closed-loop ecosystem, where the plants purify the water for the fish, and the fish provide essential nutrients for the vegetables. With HAVVAponics technology, we bring you the freshest and pesticide-free produce straight from our eco-friendly farms. Embrace a healthier lifestyle and support environmental sustainability by choosing HAVVA-grown vegetables for your family. Taste the difference and order now!

Follow us and stay tuned to our new updates on our social media!